Petarung kelahiran Lubnan, Ramadan Ondash, menerusi laman Instagram miliknya malam tadi berkongsikan ‘tidak ada pertarungan semula’.
Perkara itu susulan ciapan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) ONE Championship, Chatri Sityodtong, baru-baru ini yang berkongsikan kemungkinan bakal ada pertarungan semula antara Ramadan berdepan jaguh muay thai negara, Johan Ghazali.
Terdahulu, kontroversi melanda kemenangan Ramadan —menerusi split decision— apabila pelindung giginya terjatuh sebanyak lima kali semasa berdepan Jojo sekali menimbulkan ketidakpuasan hati ramai penyokong sukan itu.
“Kerja saya sudah selesai, tiada pertarungan semula. Saya akan beli pelindung mulut.” Kongsinya.
