Jaguh pecut dari Amerika Syarikat, Tate Taylor, mengungguli saingan peringkat akhir acara 100m (meter) World Athletics U20 Championships 2026 dengan catatan masa 9.94s (saat).
Catatan itu merupakan rekod peribadi terbaik buat pelumba berusia 18 tahun itu.
Gary Card dari Jamaica (10.05s) dan Marko Ferreira (10.16s) daripada Afrika Selatan melengkapkan kedudukan podium, manakala pelumba negara, Danish Iftikhar, yang merupakan wakil tunggal Asia itu berada di kedudukan kelapan dengan catatan masa 10.44s.
