Jaguh Muay Thai Thailand, Superbon Singha Mawynn, berkongsikan kata-kata semangat buat wakil negara, Johan Ghazali selepas tewas kepada petarung dari Lubnan, Ramadan Ondash, baru-baru ini.
Petarung berusia 35 tahun itu yang mesra disapa Superbon itu menjelaskan dia tewas 'lebih banyak' berbanding Johan sebelum bergelar juara dunia.
"Saya kalah lebih banyak daripada apa yang dialami Jojo sebelum ini tapi saya jadi juara dunia. Anda telah menunjukkan cara betul dan berubah dalam banyak segi dan jadi lebih baik.
🚨 JOHAN GHAZALI VS RAMADAN ONDASH SCORECARDS 🚨
🔺 Richard Wain: 30-27 Ondash
🔺 Mehdi Letailleur: 30-27 Ondash
🔺 David Truong: 29-28 Ghazali
Did the judges get it right? For me, yes. Ramadan Ondash deserved the decision.
It was not controversial – but the fight was closer… pic.twitter.com/oXzOhlndYP— Nick Atkin (@nickatkinone) August 2, 2026
“Anda akan jadi juara dunia. Jangan sedih, kembali gimnasium, teruskan kerja keras dan anda akan jadi yang terbaik." katanya dipetik dari MakanBola.
Meskipun wakil negara berusia 19 tahun itu, Johan Ghazali, tewas menerusi 'split decision', dia tetap tekad untuk bertarung sekali lagi berdepan Ramadan.
Untuk rekod, Jojo telah merekodkan tujuh kemenangan dan lima kekalahan --hanya menerusi unanimous decision dan split decision-- daripada 12 pertarungan.