Pelari pecut negara, Danish Iftikhar, yang merupakan wakil tunggal dari Asia menamatkan larian peringkat akhir acara 100m (meter) World Athletics U20 Championships 2026 di kedudukan kelapan dengan catatan masa 10.44s (saat), sebentar tadi.
Jaguh dari Amerika Syarikat, Tete Taylor, mengungguli larian di Oregon, Amerika Syarikat, itu selepas muncul pendahulu dengan catatan masa 9.94s, diikuti Gary Card dari Jamaica (10.05s) dan Marko Ferreira (10.16s) daripada Afrika Selatan melengkapkan kedudukan podium.
Untuk rekod, Danish yang bermula di petak ke lapan itu menamatkan larian di kedudukan kedua dengan catatan masa 10.36s dalam pusingan separuh akhir semalam, sekali gus melayakkan dirinya mara ke peringkat akhir esok.