Pertahanan KL City, Giancarlo Gallifuoco, menganggap pertembungan separuh akhir kedua Piala Malaysia dengan Terengganu FC sebagai penentu kehebatan dua ketua jurulatih Croatia membabitkan Terengganu dan KL City.
Untuk ketika ini, pertimbangan melibatkan pertemuan kedua-dua pasukan tersebut dilihat seimbang namun Giancarlo bertegas ia perlu dibuktikan siapa yang lebih cemerlang di atas padang sama ada Nenad Bacina atau Tomislav Steinbrucner.
"Saya berasakan kedua-dua jurulatih memiliki corak permainan yang hampir sama. Kami telah seri tiga kali dalam empat pertemuan sepanjang musim ini," katanya menerusi Nadi Arena.
"Ini adalah perlawanan penentuan dan berharap kami dapat melangkah ke final Piala Malaysia. Terdapat beberapa perkara yang dapat diperbaiki dan memastikan kami bermain cemerlang."
Sebagai pemain, ia menjadi tanggungjawab untuk memastikan kemaraan ke separuh akhir, dengan mengatasi kelebihan satu jaringan Terengganu ketika ini.
Jika aksi pertama KL City kehilangan tiga pemain utama iaitu Ryan Lambert, Paulo Josue dan Romel Morales, Giancarlo menegaskan aksi kedua mereka memiliki kesebelasan utama yang lebih mantap.
"Kami akan turun dengan barisan pemain utama dalam perlawanan akan datang. Kami akan hadir dengan pasukan terbaik dan kami yakin mampu memastikan keputusan yang baik."