Pembikinan skuad B-23 dalam Piala Asia tampak tempang memandangkan belum ada pelan khusus, lantas misi persediaan menerusi aksi kompetitif terbantut dengan persaingan empat penjuru anjuran Persatuan Ssepakbola Indonesia (PSSI) diubah kepada B-20.
Pilihan yang ada untuk mendapatkan perlawanan persahabatan menjurus kearah pilihan terhad buat skuad negara menerusi 12 pasukan yang tidak bersedia atas beberapa kekangan.
Ia membabitkan kepada Kejohanan Persekutuan Bolasepak Asia Barat menampilkan lapan pasukan Asia antaranya Arab Saudi, Jordan, Australia serta Korea Selatan selain skuad B-23 negara terpaksa mengelak aksi pemanas ujian dengan wakil Kumpulan D.
Ia penting sekiranya skuad remaja negara berhasrat mendapatkan khidmat Luqman Hakim Shamsudin daripada YSCC Yokohama dan Richard Chin dari Dartford FC.
Bagaimanapun, ia bukan jaminan untuk kedua-dua pemain ini mendapat laluan mudah mengisi kesebelasan utama pasukan
"Kemungkinan besar kami akan bertolak awal ke Qatar pada April atau hujung Mac dengan harapan dapat mengadakan 2-3 perlawanan persahabatan atau kelab di sana.
"Walaupun mencabar, tapi banyak negara yang akan mengadakan latihan, senario terburuk ialah kami akan terus ke Qatar.
"Sekurang-kurangnya kami boleh mengaturkan 4-5 perlawanan persahabatan sebelum perlawanan pertama Piala Asia bertemu Uzbekistan.
"Pasukan ini sudah mempunyai keserasian cuma perlukan rentak permainan," katanya di Nadi Arena sebentar tadi.