Kapten pasukan Argentina Lionel Messi sah tidak menyertai Olimpik Paris 2024.

Tidak ada nama Lionel Messi dalam senarai 18 pemain yang dipanggil jurulatih Javier Mascherano untuk kejohanan mega yang diadakan setiap empat tahun itu.

Angel Di Maria yang sebelumnya dikhabarkan akan turut serta edisi olimpik kali ini juga tiada dalam senarai nama akhir.

Messi sendiri ada menyatakan dia menolak untuk sertai skuad Argentina untuk Olimpik Paris 2024 pada pertengahan Jun lalu."Saya berbicara dengan Mascherano dan sebenarnya kami berdua memahami situasinya. Sulit (untuk memikirkan Olimpik saat ini) kerana kami hadir di Copa America. Ini akan menjadi dua, tiga bulan berturut-turut jika saya tidak bersama kelab, dan lebih dari segalanya, saya tidak berada pada usia yang terbaik bagi turut serta dalam edisi ini," ujar Messi ketika ditemubual oleh ESPN.

"Saya harus memilih dengan hati-hati, dan bermain di dua kejohanan berturut-turut akan terasa berat. Saya rasa sangat beruntung boleh bermain di Olimpik, memenanginya bersama Masche. Itu adalah pengalaman luar biasa dalam dunia sepak bola. Olimpik, B-20, kenangan yang tidak akan pernah saya lupakan," tambah Messi lagi.

Lionel Messi pernah membawa Argentina meraih pingat emas Olimpik 2008 yang berlangsung di China. Ketika itu Argentina diperkuat Mascherano, Sergio Aguero, Di Maria, dan juga Juan Riquelme.