Ketua jurulatih Bayern Munich, Julian Nagelsmann, mengakui lawan mereka dalam perlawanan pertama Liga Juara-Juara Eropah (UCL) awal pagi esok, Barcelona, akan terasa kehilangan sensasi Lionel Messi tetapi percaya pasukan itu tidak kurang hebat tanpa pemain berkenaan.
Messi meninggalkan Barcelona untuk menyertai Paris Saint-Germain (PSG) bulan lalu selepas karier penuh gemilangnya di Camp Nou.
Skuad Catalan itu sudah mula meneruskan hidup tanpa Messi dalam saingan domestik dengan mengumpulkan tujuh mata daripada tiga perlawanan LaLiga dan akan membuka kempen baru UCL menentang pasukan bimbingan Nagelsmann, Bayern, di Barcelona awal pagi esok.
"Barcelona sudah pasti tidak mempunyai sensasi Messi lagi tetapi mereka masih mempunyai pemain lain yang boleh memainkan peranan penting jika anda mengambil Frenkie de Jong dan Pedri sebagai contoh," kata Nagelsmann dalam sidang media sebelum perlawanan.
"Kami sudah bersedia terhadap sebarang kemungkinan. Saya tidak rasa mereka kurang hebat. Masa akan datang akan menunjukkan sama ada mereka menjadi lebih baik atau tidak tetapi kami sememangnya mahu memenangi tiga mata."
Barcelona berdepan masalah kekurangan pemain selepas kecederaan yang dialami Ousmane Dembele, Ansu Fati, Martin Braithwaite dan Sergio Aguero manakala Nagelsmann pula belum pasti dapat menurunkan Serge Gnabry.
Gnabry dikeluarkan kerana kecederaan belakang ketika Bayern menewaskan RB Leipzig 4-1 dalam perlawanan Bundesliga hujung minggu lalu, di samping Robert Lewandoeski, yang turut di keluarkan kerana ketidakselesaan di bahagian kelangkang.
"Kami perlu membuat keputusan berkenaan perkara itu," kata Nagelsmann mengenai Gnabry.
"Gnabry akan bersama kami, (Corentin) Tolisso pula tidak. (Kingsley) Coman ada dalam skuad tetapi tidak akan memulakan perlawanan. Lewandowski pula kelihatan baik."

?️ @J__Nagelsmann: "The expectation at #FCBayern is to be among the top 3 in Europe. Obviously this is the most coveted trophy in European football. I think the players all really want to win it for the club again. The same is true for me, of course!"#FCBFCB @ChampionsLeague pic.twitter.com/ndH68iTpDw
— FC Bayern English (@FCBayernEN) September 13, 2021