LIGA SUPER MSIA
Liga Super: Kelantan akhirnya lepaskan Nurshamil Ghani
Penyerang sensasi, Nurshamil Ghani, akhirnya boleh menarik nafas lega apabila dibebaskan oleh majikannya, Kelantan FC, selepas berjuang menuntut pelepasan itu.
Penjaring terbanyak tempatan Liga Perdana 2021 itu dilepaskan menerusi persetujuan bersama tanpa perlu membayar RM50,000 seperti yang dituntut pihak pengurusan pasukan itu sebelum ini.
Terdahulu, Nurshamil dan Kelantan berada dalam kemelut selepas dia mendakwa perlu membayar wang berkenaan untuk menamatkan kontraknya biarpun atas dasar persetujuan bersama.
Iklan
Rentetan itu, pemain kelahiran Melaka berkenaan mendapatkan bantuan daripada Persatuan Pemain Bolasepak Profesional Malaysia (PFAM) untuk menyelesaikan kemelut itu.
Perkembangan terbaru itu membolehkan Nurshamil membuka lembaran baru dalam kariernya, di mana PDRM FC dan Penang FC antara pasukan yang dikaitkan berminat untuk mendapatkannya.
"Saya berterima kasih kepada PFAM kerana dapat membantu menyelesaikan isu saya dengan Kelantan dan perbincangan ini akhirnya dapat disudahkan dengan baik tanpa ada isu yang akan berbangkit," katanya kepada wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam.
"Saya juga mahu berterima kasih kepada penyokong Kelantan yang menerima saya untuk bermain di negeri ini selama lebih dua tahun.
"Saya sangat bangga dapat bersama pasukan Kelantan dan Insya-Allah kita akan bertemu lagi.
"Destinasi saya masih belum tahun lagi kerana sekarang ada pasukan dari Liga Super dan Liga M3 (berminat mendapatkan saya), dan saya masih menimbangkannya untuk memilih pasukan terbaik," katanya.
Must-Watch Video