Skip to main content

Bola Sepak

Kritikan terhadap Neymar melampau

neymar_.jpg
Tahap kritikan terhadap Neymar agak keterlaluan, kata bekas pemain kebangasan Brazil, Gilberto Silva.

Selepas pulih daripada kecederaan metatarsal untuk beraksi di Russia, Neymar menjaringkan dua gol dalam lima perlawanan sebelum Brazil tersingkir dalam suku akhir kepada Belgium, seterusnya menjadi bahan kritikan utama media di atas reaksi setiap kali dia dijatuhkan.

Menganggap penyerang Paris Saint-Germain (PSG) itu gagal berada di tahap terbaik, Silva percaya Neymar, bersama-sama Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo, harus dipandang lebih tinggi daripada biasa.

"Saya seperti sukar untuk memahami tahap kritikan yang diberikan kepada Neymar," katanya.

"Tetapi ia telah dilakukan dan agak keterlaluan. Dia masih lagi mencari sentuhan terbaik, banyak yang perlu dipelajari. Saya berasakan dia adalah seorang pemain bertaraf dunia.

"Jika orang lain yang melakukan perkara yang sama dalam kejohanan ini, tiada siapa yang berkata mengenainya.

"Tetapi jika Neymar, Ronaldo atau Messi yang melakukannya, mereka akan memperbesarkan isu ini."
 

Advertisement

Must Watch Video