Skip to main content

Bola Sepak

KL Rovers bakal ke Liga Super?

kl-rovers.jpg
KL Rovers sedia ke Liga Super dengan ketua jurulatih tempatan ternama berstatus lesen profesional dalam radar ketika ini.

Segala galanya tampak sudah diselesaikan, KL Rovers yakin mereka memiliki potensi terbaik mengisi slot tunggal ke Liga Super berbanding Harini FT dan Imigresen FC.

Namun segala-galanya akan diputuskan penganjur liga, Malaysian Football League (MFL), memandangkan mereka turut menamakan dua pasukan lain sebagai calon layak mengisi slot tunggal itu.
 

Pihak KL Rovers sedar beberapa persediaan ke Liga Super ada kelainan dari kebiasaan mereka bersaing dalam Liga M3.

Sebagai contoh keperluan pemain import wajar ada ketetapan segera namun dalam masa sama ia tetap bergantung kepada keputusan MFL sendiri.

Advertisement

Must Watch Video