Apa cerita? Kenapa kereta kawalan jauh tidak dibenarkan ketika aksi Bundesliga berlangsung? Kenapa?
Ini susulan gangguan kereta kawalan jauh oleh penyokong sebagai tanda protes di mana rata-rata peminat aksi berprestij Liga Jerman itu tidak bersetuju dengan cadangan penjualan saham kepada pelabur luar di mana pihak Bundesliga mahu menjual 8% saham hak penyiaran dalam mempromosikan penjenamaan liga ke peringkat dunia.
Cadangan ini sudah mendapat persetujuan 2/3 majoriti kelab pada disember lalu namun beberapa pihak penyokong masih mahukan undian semula berkenaan isu ini.
Gangguan kereta kawalan jauh ini berlaku dalam 5 aksi Bundesliga lewat hujung minggu ini dengan pemain ke-12 yang hadir ke stadium turut membaling beberapa barangan ke arah padang sebagai tanda protes dengan antaranya bola tenis, cokelat berbentuk duit syiling dan juga guli.
Tindakan ini memaksa beberapa perlawanan terpaksa ditunda seketika dan perkara ini sedikit sebanyak memberi kesan buat pasukan terutamanya pihak pengurus yang merasakan insiden seperti ini sedikit sebanyak menjejaskan momentum pasukan.