Derrick Gan giat mencari dana untuk menyokong Harimau Malaya yang akan bertandang ke Oman bulan depan.
Skuad kebangsaan akan mengharungi perlawanan timbal balik di tempat lawan terlebih dahulu pada 22 Mac depan sebelum beraksi di Stadium Nasional Bukit Jalil, empat hari kemudian untuk perlawanan kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027.
Derrick sebelum ini mencuri perhatian ramai kerana menjual motosikal bagi menampung hasratnya untuk memberi sokongan kepada skuad negara dalam kempen Piala Asia 2023 di Qatar, bulan lalu.
Derrick dan sepupunya, Royston Gan, dalam di laman sosial dilihat sedang memasak burger -- yang sebenarnya bertujuan mempromosikan perniagaan seorang rakannya.