Skip to main content

Bola Sepak

Kejam atau tidak, pemain pasti kecewa -- Faisal Halim

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

faisal-halim.jpg
Kejam atau tidak keputusan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA), pemain pasti kecewa.

Demikian luahan pemain sayap Harimau Malaya, Faisal Halim, tanpa menafikan situasi semasa membabitkan pasukan kebangsaan melahirkan rasa kurang senang di hati setiap pemain.

FIFA membuat pendedahan tergempar berkenaan kes pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan, pada hari sama skuad negara menentang Nepal dalam pusingan kelayakan Piala Asia di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) semalam.

Dalam situasi yang tidak menentu itu, tuntutan prestasi terbaik tetap menjadi keutamaan setiap pemain dan itulah yang dilakukan mereka ketika menewaskan Nepal 1-0 semalam.

Faisal, dalam satu perbualan bersama wartawan Astro Arena, Fina Nasrom, berkata: "Saya tidak tahu nak cakap apa, jika perkara itu berlaku sudah pasti kami akan kecewa kerana kita sedang berada dalam momentum terbaik, kita menang semua perlawanan dan hanya tinggal satu perlawanan menentukan kita layak atau tidak.

"Apa-apa keputusan pun, kami perlu memberikan yang terbaik buat pasukan kebangsaan dan mengharapkan yang terbaik."


 

Advertisement

Must Watch Video