Skip to main content

Golf

YAKEB-PEKEMA: Jika saya tak dapat pergi Sukan Olimpik, mungkin atlet yang saya latih dapat pergi -- Shaaban Hussin

sf

Impian hanya tinggal impian, hilang sekelip mata meskipun sudah semakin hampir digapai, itulah realiti pahit yang terpaksa ditelan bekas atlet golf negara, Mohd Shaaban Hussin, selepas terlibat dalam insiden yang mengubah haluan hidup sekali gus menguburkan hasratnya untuk beraksi di pentas Sukan Olimpik.

Episod lawatan tanggungjawab sosial korporat hasil kerjasama di antara Yayasan Persatuan Pengimport dan Peniaga Kenderaan Melayu Malaysia (PEKEMA) dan Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (YAKEB) kali ini membawakan kisah perjuangan Shaaban Hussin bersama wartawan Astro Arena, Ainul Abd Rouf, sempena penganjuran Pekema Golf President's Cup 2026.

"Saya nak kejar ke Sukan Olimpik sahaja, beberapa bulan saya mengumpul mata demi mata dalam kejohanan untuk berada dalam kelompok 500 terbaik dunia.

"Lagi tiga bulan saya terlibat dalam kemalangan pada 31 Mac 2016..." katanya dalam keadaan hiba.

"Saya memang putus asa, rasa tiada harapan dalam golf. Saya menyepikan diri, saya bertuah ada keluarga dan anak yang memberikan sokongan, saya percaya jika saya tidak dapat pergi, mungkin atlet yang saya latih dapat pergi." katanya.

Bermula dengan melatih anak sendiri, ilmu dan pengalaman Shaaban kini dicurahkan buat kira-kira 15 hingga 16 atlet muda mewakili Majlis Sukan Sekolah Kuala Selangor dibawah bimbingannya.

Jika dahulu dia sendiri membawa bendera Malaysia ke pentas antarabangsa, kini Shaaban mahu melihat anak didiknya pula meneruskan perjuangan itu.

perjalanan shaaban dari puncak karier, jatuh, sehingga kembali membina harapan melalui generasi baharu turut mendapat perhatian pekema dan yakeb.

kunjungan kedua-dua pihak bukan sekadar membawa sumbangan tetapi tanda penghargaan terhadap jasa dan pengorbanan seorang bekas atlet yang pernah mengharumkan nama negara.

 

Anda mungkin berminat dengan

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

Nike Men's Mercurial Vapor 17 Pro Firm-Ground Low-Top Soccer Cleats - Multi-Color [IO8225-900]

Nike Men's Mercurial Vapor 17 Pro Firm-Ground Low-Top Soccer Cleats - Multi-Color [IO8225-900]

adidas Football WORLD CUP OFFICIAL EMBLEM CAP Unisex Black KE7368

adidas Football WORLD CUP OFFICIAL EMBLEM CAP Unisex Black KE7368

New Balance 1000 - Grey

New Balance 1000 - Grey

adidas Football Argentina 26 Home Jersey Women White KA8125

adidas Football Argentina 26 Home Jersey Women White KA8125

Must Watch Video