Skip to main content

Bola Sepak

Jelmaan Neuer dilantik ketua pasukan baru Schalke

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

nubel.jpg
David Wagner telah menamakan Alexander Nubel sebagai ketua pasukan baru Schalke apabila penjaga gol itu terus mengikut jejak langkah Manuel Neuer.

Nubel membuat 18 penampilan Bundesliga musim lalu dan memasuki kempen baru ini,
dia dianggap sebagai calon utama yang tidak perlu dipertikaikan lagi berikutan penghijrahan Ralf Fahrmann ke Norwich City secara pinjaman semusim.

Pemain berusia 22 tahun itu juga akan memakai lilitan kapten, seperti yang pernah dilakukan Neuer ketika di Schalke, sebelum beralih ke Bayern Munich, lapan tahun lalu.

Kedua-dua pemain itu saling dibandingkan dan Bayern dikatakan memandang tinggi tonggak antarabangsa B-21 Jerman itu.

Pengurus, Wagner, juga mengesahkan pertahanan, Benjamin Stambouli, dan pemain tengah, Omar Mascarell, akan menggalas tanggungjawab sebagai naib ketua pasukan.

"Saya sangat teruja bahawa ketiga-tiganya akan mengetuai pasukan ini untuk musim baru," kata bekas pengurus Huddersfield itu.
 

Advertisement

Must Watch Video