Gergasi kelab ASEAN, Johor Darul Ta’zim (JDT), memulakan persiapan pra musim mereka di bawah kendalian ketua jurulatih, Hector Bidoglio, hari ini.
Antara pemain yang kelihatan telah melaporkan diri ialah penyerang prolifik, Bergson da Silva, Fernando Forestieri, Heberty Fernandes serta dua tonggak import baru Harimau Selatan iaitu Nicolao Dumitru Cardoso dan Murilo Henrique.
Kelibat pemain tempatan seperti Feroz Baharudin, Hong Wan, Nazmi Faiz Mansor dan Safiq Rahim turut kelihatan di Padang Seri Gelam.
Pemilik Harimau Selatan, Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, pada November lalu mendedahkan juara bertahan Liga Super 10 kali berturut-turut tersebut akan menjalani jelajah pra-musim di Sepanyol dan Portugal.