Skip to main content

Bola Sepak

JDT dakap trofi Liga Super ke-10

jdt.jpg
JDT 4 PDRM 0 

Johor Darul Ta'zim (JDT) mengesahkan kejuaraan ke-10 Liga Super dengan menumpaskan PDRM FC 4-0 di Stadium Sultan Ibrahim (SSI), sebentar tadi. 


Kemenangan bergaya ini menjadikan Harimau Selatan satu-satunya pasukan yang belum dijinakkan sepanjang saingan 2023.

Lebih menarik, gelaran ini diraih tanpa membenarkan mana-mana pasukan merekod kemenangan ke atas mereka. 

Ini merupakan kemenangan ke-21 daripada 22 perlawanan selain seri sekali dengan Kedah Darul Aman (KDA) FC. 





Ternyata Esteban Solari tidak merehatkan pemain-pemain utamanya memandangkan itu bukan falsafahnya.

Bergson da Silva yang diletak sebagai penyerang utama meledak gol pembukaan pada minit ke-37 diikuti jaringan kedua menerusi Juan Muniz, tiga minit berselang. 

PDRM cuba bangkit dalam babak kedua untuk mengancam kepada tuan rumah tetapi laman itu nyata terlalu kebal.

Ariff Aiman Hanapi menjadikan kedudukan 3-0 menerusi gol ketiga pada minit ke-54 sementara Fernando Forestieri melengkapkan kemenangan 4-0 sebelum sejam permainan. 


 

Advertisement

Must Watch Video