Skip to main content

Bola Sepak

"J" untuk Jordan, Juara Piala Asia kali ini!

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

timnas-yordania_169.jpeg
Pasukan yang bermula dengan huruf J ni memang hebat dan power-power kan? 

Contohnya, di Malaysia kita ada pasukan Johor Jewels hebat dalam sukan bola jaring, Johor Tigris pun terbaik untuk sepak takraw dan pastinya skuad Johor Darul Takzim (JDT) tidak ketinggalan cipta sensasi tersendiri untuk bola sepak.

Buat kempen Piala Asia kali ini negara yang bermula dengan abjad J tampil hebat juga, tidak lain dan tidak bukan skuad Jordan.

Kalau disingkap perjalanan Jordan dalam kempen Piala Asia kali ini bukan calang-calang ya dan ini adalah keputusan penuh semua perlawanan mereka menuju ke aksi final:

Perlawanan Kumpulan 1: Jordan 4-0 Malaysia

Perlawanan Kumpulan 2: Jordan 2-2 Korea Selatan 

Perlawanan Kumpulan 3: Jordan 0-1 Bahrain 1

Pusingan 16: Jordan 3-2 Iraq

Suku Akhir: Jordan 1-0 Tajikistan

Separuh Akhir: Jordan 2-0 Korea Selatan 

Dengan rekod 5 kemenangan 1 keputusan seri dan 1 kekalahan membuktikan bahawa Jordan mampu menggugat prestasi Qatar sebagai juara bertahan. 
 
 Malaysia boleh dikatakan berbangga juga dengan kejayaan Jordan sebab skuad Harimau Malaya pernah memberi saingan hebat dan empat daripada pemain utama mereka pernah berkelana ke Liga Super kita untuk membantu skuad yang bukan bermula dengan huruf J iaitu PDRM, Selangor dan juga Kedah. 

Advertisement

Must Watch Video