Skip to main content

Advertisement

Bola Sepak

Hakimi luah kegembiraan tersenarai dalam skuad kebangsaan

hakimi.jpeg
Nama Hakimi Abdullah sentiasa kedengaran satu ketika dahulu, namun masih belum cukup buat jurulatih skuad negara, Tan Cheng Hoe memberikan kepercayaan.

Kali ini, tiada lagi alasan, ia dibuktikan dalam senarai terbaru kem latihan skuad negara yang menampilkan Hakimi Abdullah bersama dua lagi pemain dari Terengganu FC.

"Saya amat bersyukur dan gembira kerana dipanggil menyertai skuad kebangsaan kali ini," kata Hakimi.

"Ini merupakan satu perkembangan yang positif selepas semusim beraksi dalam Liga Super, kebolehan saya mendapat kepercayaan jurulatih untuk menyenaraikan saya bersams skuad kebangsaan."

Advertisement

Must Watch Video