Skip to main content

Advertisement

Bola Sepak

Griezmann dedah 'benar-benar mahu' kembali ke Atletico

griezmann_.jpg
Antoine Griezmann menjelaskan bahawa dirinya 'benar-benar mahu' kembali Atletico Madrid selepas menyertai semula juara LaLiga itu dari Barcelona.

Griezmann sudah kembali bersama Atletico berikutan perpindahannya sebelum ini, secara pinjaman bagi musim 2021-22 dengan pilihan untuk melanjutkannya bagi tahun akan datang.

Pemain kebangsaan Perancis itu menjaringkan 133 gol dalam 257 penmapilan buat Atletico di antara 2014 dan 2019, sebelum ke Barca dengan tawaran bernilai EURO120 juta.

Griezmann merupakan sebahagian daripada skuad kendalian Diego Simeone yang memenangi Liga Europa 2018, dua tahun selepas membantu mereka mara ke final Liga Juara-Juara (UCL).

"Setiap perlawanan saya akan memberikan segala-galaya," kata Griezmann.

"Bahagian saya mudah, mengetahui bahawa Atleti menginginkan saya kembali, saya pasti mahu kembali. Ini adalah tempat terbaik untuk saya gembira dalam dan luar padang.

"Ini adalah hari yang menggila ketika jendela perpindahan ditutup, tetapi semuanya berjalan dengan lancar. Walaupun saya bersama pasukan kebangsaan saya mahu menjadi 'colchonero' sekali lagi.

"Ini adalah perkara paling indah yang berlaku kepada saya dalam beberapa tahun kebelakangan ini."

Advertisement

Must Watch Video