LIGA SUPER MSIA
FAM teruskan langkah hampiri VAR
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) terus komited untuk mengaplikasikan penggunaan teknologi video bantuan pengadil (VAR) apabila menghantar beberapa pengadil ke Singapura untuk belajar mengenai teknologi berkenaan.
Setiausaha Agung FAM, Noor Azman Rahman, berkata pengadil terlibat diberikan pendedahan cara untuk mengendalikan serta pemasangan sistem teknologi itu.
Menurutnya, ia akan memberikan gambaran lebih jelas mengenai pelaksanaan VAR selain turut memaklumkan jumlah perbelanjaan untuk sistem itu akan diumumkan oleh Liga Bolasepak Malaysia (MFL) dalam masa terdekat.
Iklan
"Lawatan VAR itu di adalah di bawah MFL, kami dijemput dan menghantar pengadil.
"Jadi kami menghantar pengadil untuk melihat bagaimana cara pemasangan dan penggunaan di sana, dan ‘costing’ itu pula MFL akan umumkan," katanya dalam sidang media selepas Kongres FAM kali ke-59 pada Sabtu lalu.
Sebelum ini, impian untuk melihat VAR digunakan dalam saingan Liga M makin hampir selepas Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin, memberikan bayangan ia akan digunakan dalam aksi final Piala Malaysia pada Disember depan.
FAM bersama MFL akan melaksanakannya secepat mungkin bagi meningkatkan lagi mutu pengadilan di negara ini, sekali gus dapat mengurangkan sebarang kontroversi membabitkan isu pengadilan.
Kredit: Sinar Harian
Must-Watch Video