Skip to main content

Advertisement

Bola Sepak

FA denda Chelsea kerana gagal kawal pemain ketika bertemu Liverpool

chelsea-players-react-angrily_.jpg
Chelsea telah didenda GBP25,000 oleh Persatuan Bolasepak England (FA) kerana kegagalan mengawal pemain mereka ketika seri 1-1 dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan Liverpool.

The Blues mengakui terhadap dua pelanggaran Peraturan FA E20.1 dalam perlawanan yang meriah di Anfield 28 Ogos lalu, kedua-dua insiden itu berlaku setelah pengadil, Anthony Taylor, mengarahkan Reece James keluar padang dan memberikan penalti kepada Liverpool dalam separuh masa pertama.

James dihukum selepas secara sengaja menggunakan tangan untuk menolak keluar percubaan Liverpool, dengan Mohamed Salah menyamakan kedudukan menerusi sepakan penalti bagi menafikan jaringan pembukaan Kai Havertz, tetapi keputusan itu menyebabkan pemain Chelsea menimbulkan rasa tidak puas hati.

Pertahanan, Antonio Rudiger dan penjaga gol, Edouard Mendy, dilayangkan kad kuning atas bantahan mereka, dan diikuti dengan deretan pemain yang gagal dikawal selepas Taylor meniup wisel tamat separuh masa.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan FA, "Chelsea FC telah didenda GBP25,000 kerana dua pelanggaran peraturan FA E20.1 yang berlaku semasa perlawanan Liga Perdana Inggeris menentang Liverpool FC pada hari Sabtu 28 Ogos 2021.

"Kelab ini mengakui gagal memastikan bahawa pemain mereka dalam kawalan pada minit ke-48 pada babak pertama dan setelah wisel separuh masa."
 
 

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video