LALIGA
Enrique bengang dengan keputusan pengadil
MALAGA 2 BARCELONA 0
Jurulatih Barcelona, Luis Enrique, tidak berpuas hati dengan keputusan pengadil, Jesus Gil Manzano, melayangkan kad merah kepada Neymar ketika tewas 2-0 kepada Malaga dalam aksi LaLiga, awal pagi tadi.
Pemain kebangsaan Brazil itu telah dilayangkad kad kuning pada separuh masa pertama kerana melambatkan permainan dengan mengikat tali kasut sebelum mengambil sepakan percuma, sebelum dilayangkan kad kuning kedua apabila melakukan terjahan keras ke atas Diego Llorente.
Iklan
Ia merupakan kad merah pertama Neymar sejak menyertai Barcelona dari Santos pada 2013 dan Luis Enrique tidak percaya sama ada penyerang itu berhak dikenakan hukuman tersebut.
"Saya percaya interpretasi nilai layangan kad kuning adalah sesuatu yang istimewa," katanya.
"Kami perlu sentisa berjaga-jaga kerana sesetengah terjahan dari belakang tidak diberikan kad kuning walaupun ia dilihat sebagai satu tindakan yang berbahaya.
"Terdapat beberapa pasukan yang tidak berpuas hati dengan Barca, jadi pemain-pemain perlu berhati-hati."
Kad merah ini akan mengetepikan Neymar untuk aksi berdepan Real Sociedad, namun akan kembali tersedia untuk menghadapi pertemuan El Clasico berdepan Real Madrid.
Must-Watch Video