Bekas ketua jurulatih Malaysia dan Selangor, Ken Worden, menghembuskan nafasnya yang terakhir pada usia 78 tahun.
Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) mengesahkan mendiang meninggal dunia di Hospital Townsville, Queensland, Australia, malam tadi.
Pemain berbangsa Inggeris itu yang menghabiskan sebahagian besar karier kejurulatihannya pada era 1990-an dan 2000-an di Asia Tenggara dengan memimpin beberapa pasukan seperti Gergasi Merah apabila memenangi Piala Malaysia tiga kali, dua Piala Sumbangsih dan Piala FA sekali.
Worden terlibat dengan Harimau Malaya di antara Januari 1992 dan Disember 1993, khususnya memenangi Kejohanan Merdeka 1993.
Dia juga mempunyai karier singkat melatih Singapura, Sabah dan Terengganu di rantau ini.
Bekas ketua jurulatih kebangsaan K. Rajagopal, yang merupakan sebahagian daripada kakitangan kejurulatihan Worden pada awal 1990-an merupakan antara individu yang pertama menyampaikan ucapan takziah dan memberinya penghormatan.

TAKZIAH
— FA Selangor (@FASelangorMY) September 20, 2021
Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) mengucapkan takziah kepada keluarga mendiang Ken Worden, yang telah meninggal dunia di Townsville General Hospital hari ini.
Pihak FAS berharap semua keluarga dan rakan Ken bertabah dalam waktu sukar ini.#FASelangor pic.twitter.com/2rDaM931KU
Worden terlibat dengan Harimau Malaya di antara Januari 1992 dan Disember 1993, khususnya memenangi Kejohanan Merdeka 1993.
Dia juga mempunyai karier singkat melatih Singapura, Sabah dan Terengganu di rantau ini.
Bekas ketua jurulatih kebangsaan K. Rajagopal, yang merupakan sebahagian daripada kakitangan kejurulatihan Worden pada awal 1990-an merupakan antara individu yang pertama menyampaikan ucapan takziah dan memberinya penghormatan.
Rest In Peace Mr Ken Worden. Worked with him both in Selangor & the ?? National Team. https://t.co/10jXaStHyF
— K.Rajagobal (RG) (@RajagobalRg) September 20, 2021