ZON PANTAI TIMUR 2 ZON UTARA 1
Pasukan Zon Pantai Timur merangkul kejuaraan selepas disaing sengit pasukan Zon Utara sebelum menang 2-1 dalam perlawanan akhir Liga Kem Bola Sepak Remaja Allianz (AJFC) 2019 di Subang Jaya, hari ini.
Pasukan Zon Utara dikejutkan dengan gol seawal minit pertama oleh Adam Alif Mustafa.
Adam sekali lagi membuktikan betapa mereka layak ke pusingan seterusnya apabila meledak gol kedua peribadinya buat pasukan Zon Pantai Timur itu pada minit ke-18.
Tersentak dengan permainan yang dipamerkan lawan, pasukan Zon Utara mula mencari rentak dan merapatkan jurang menerusi Ismat Imran Zainal pada minit ke-35.
Bagaimanapun, usaha pasukan Zon Utara untuk menyamakan kedudukan gagal selepas asakan demi asakan dipatahkan Zon Pantai Timur sehingga wisel penamat ditiup.
"Zon Utara telah memberikan satu tentangan hebat yang sememangnya sepatutnya dijelmakan dalam aksi penentuan.
"Cuma apa yang membezakan kami adalah penyudah yang menyaksikan Zon Pantai Timur memanfaatkan peluang awal.
"Kami sendiri sudah tidak terdaya untuk mengekang asakan lawan dan kalau tambahan masa lima minit diberikan, keadaan pasti akan berubah," kata ketua jurulatih Zon Pantai Timur, Fairul Hisham Mustafah Kamal.
Sementara itu, seramai 10 pemain terpilih untuk mewakili Malaysia ke kem Asia di Singapura, hujung bulan ini.