Kylian Mbappe berazam untuk melakar skripnya sendiri sambil menyifatkan pertemuan dengan Cristiano Ronaldo dalam suku akhir EURO 2024 awal pagi esok sebagai satu penghormatan.
Perancis akan menentang Portugal untuk merintis laluan ke separuh akhir setelah mengatasi Belgium 1-0 dalam pusingan 16 menerusi jaringan sendiri Jan Vertonghen pada lewat permainan.
Portugal pula menewaskan Slovenia menerusi sepakan penalti selepas Ronaldo terlepas deretan peluang ketika buntu tanpa jaringan selain sepakan penaltinya dalam masa tambahan diselamatkan oleh Jan Oblak.
Namun, Ronaldo merekodkan 20 percubaan iaitu angka tertinggi dalam kempen di Jerman ini.
Dalam setiap satu daripada 10 kejohanan Piala Dunia mahupun EURO, dia tidak pernah menghampakan untuk mencetak nama sebagai penjaring di peringkat kumpulan.
Justeru, perseteruan di antara Mbappe dan Ronaldo menjadi perhatian ekoran penyerang baru Real Madrid itu Les Bleus juga mengharungi kejohanan yang mengecewakan berikutan mengalami patah hidung dalam perlawanan kumpulan pertama dan hanya menjaringkan gol menerusi sepakan penalti iaitu ketika menentang Poland dalam perlawanan ketiga.
Ramai yang menggembar-gemburkan Mbappe sebagai pengganti Ronaldo sejak dia mengesahkan perpindahannya ke Los Blancos, tetapi kapten Perancis itu bertekad untuk menjadi pemain versinya sendiri.
"Pertemuan ini satu penghormatan, semua orang tahu saya amat mengaguminya," katanya mengenai Ronaldo dalam sidang media pra-perlawanan malam tadi.

"Kami sentiasa berhubung. Dia akan kekal sebagai legenda sukan ini tetapi saya berharap dapat menewaskannya esok.
"Adakah saya iri hati dengannya? Anda perlu tahu bagaimana untuk menghargai dirinya apabila kelibatnya ada. Dia seorang pemain yang unik, pencapaiannya sudah membuktikannya. Kami menghormatinya.
"Dia unik! Hanya ada seorang sepertinya. Saya hanya mahu menulis sejarah bersama Perancis. Saya berharap saya akan meraih kejayaan besar di Real tetapi ia pasti akan berbeza dengan Ronaldo."