Skip to main content

Badminton

Zii Jia taruhan utama Malaysia hadapi Piala Thomas

Zii Jia taruhan utama Malaysia hadapi Piala Thomas

Pengerusi Jawatankuasa Prestasi Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk Seri Lee Chong Wei berkata Malaysia perlu mengakui bahawa tiada pemain perseorangan lelaki lebih baik dari Lee Zii Jia ketika ini.

Menurutnya, ia merupakan keputusan kolektif daripada BAM selepas menyenaraikan barisan lengkap ke Piala Thomas di Horsens, Denmark bermula 24 April ini.

Advertisement

Jelasnya, kehadiran Zii Jia ke dalam pasukan merupakan suatu kelegaan  skuad piala Thomas negara dalam memastikan Malaysia menghantar barisan terbaik ke Denmark.

“Ini adalah keputusan kolektif BAM dan jurulatih. Tiada mana- mana perseorangan lelaki yang lebih baik dari Zii Jia ketika ini," kata Chong Wei.

“Saya boleh beritahu yang Leong Jun Hao dan Justin Hoh tidak berada pada prestasi Lee Zii Jia. Zii Jia ketika ini kelihatan sangat kuat dan bersedia untuk kempen Piala Thomas kali ini.

“Saya melihatnya dalam latihan dan dia akan terus bekerja dengan pasukan minggu depan sebelum mereka berlepas ke Denmark pada hari Rabu.

“Pengarah jurulatih Kenneth Jonassen dan jurulatih perseorangan Tey Seu Bock turut memerhatinya dan bersetuju dia kelihatan bersedia untuk bermain.

"Tambahan pula, Daren mengesahkan bahawa Zii Jia kini bebas daripada kecederaan,” jelasnya.

Lebih manis, lee zii jia sah berada pada tahap terbaik selepas disahkan bebas sebarang kecederaan menjelang kejohanan berprestij itu.

Topik Berkaitan

Must Watch Video