Skip to main content

Bola Sepak

Liga Super: Terengganu calar rekod bersih JDT

JDT Terengganu

Terengganu mencalarkan rekod kemenangan bersih Johor Darul Ta'zim (JDT) musim ini apabila mengikat juara Liga Super itu 1-1 dalam perlawanan di Stadium Sultan Ibrahim (SSI) sebentar tadi.

JDT menang kesemua 20 perlawanan musim ini tetapi Terengganu muncul pasukan pertama memastikan rekod bersih itu tercalar dalam separuh masa pertama.

Advertisement

Bergson da Silva terlebih dahulu membuka jaringan buat Harimau Selatan dengan penyudah kaki kanannya dari dalam kawasan penalti pada minit ke-23.

Bagaimanapun, Terengganu berhasil mengikat kedudukan hasil voli serong yang dilakukan Ehson Panjshanbe pada minit ke-36.

Sebagai rekod, kali terakhir JDT berdepan keputusan seri dalam saingan liga ialah ketika terikat 1-1 dengan PDRM pada 31 Julai 2024.

 

Must Watch Video