Skip to main content

Badminton

Tiga pemain terbaik dunia tewas dalam tempoh 4 hari, ini gergasi baru badminton sedang gegar China

Shetty

Pemain badminton nombor tujuh dan empat dunia dikejutkan seorang atlet muda dari India! Malah, ranking pertama dunia yang merupakan bekas juara dunia 2023, Kunlavut Vitidsarn, turut kalah. 

Untuk rekod, ini merupakan kali pertama wakil India mara ke perlawanan akhir perseorangan lelaki sejak 1976 dalam Kejohanan Badminton Asia (BAC)!

Advertisement

Mampukah dia mengulangi pencapaian Dinesh Khanna pada 1965 untuk memenangi emas?

Memperkenalkan gergasi dalam pembikinan, Ayush Shetty, yang sedang menggegar Ningbo, China selepas persembahan memukau sejak pusingan 32. Baru berusia 20 tahun, tetapi berjaya mengejutkan tiga pemain handalan dalam tempoh empat hari. 

Juara Terbuka Amerika Syarikat (AS) 2025 itu bermula garang apabila menundukkan sandaran tuan rumah, Li Shi Feng 21-13, 21-16 dan meneruskan rentak kemaraan mengecewakan wakil Chinese Taipei.

Remaja di ranking ke-25 dunia itu kemudiannya menghantar pulang wakil Indonesia, Jonatan Christie, pada peringkat suku akhir. 

Sensasinya berterusan apabila mengejutkan arena badminton antarabangsa selepas memadam impian Vitidsarn dalam pertembungan epik menyaksikan Shetty mara ke final dengan kemenangan rubber set 10-21, 21-19, 21-17. 

Kini, tinggal Shi Yu Qi menjadi halangan terakhir buatnya hari ini. Mampukah Shetty merangkul kejuaraan sulungnya di pentas tertinggi Asia? 

 

Must Watch Video