Skip to main content

Advertisement

Bola Sepak

Pemain warisan Malaysia-Mesir bakal buat aduan ke FIFA

Amir

Permasalahan memberi pengalaman buruk buat pemain berdarah campuran Malaysia-Mesir, Amir Abada Tawfik?

Menurut laporan yang tular, bekas tonggak Sabah II itu bakal menghantar aduan kepada Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) ke atas kelab Brunei, Indera SC, berikutan beberapa perkara seperti dakwaan tunggakan gaji.

Advertisement

Difahamkan, Amir mahu menuntut haknya sebagai pemain kerana sudah menghabiskan keringat dan wang untuk menanggung perbelanjaan dirinya sewaktu berkelana di Brunei.

Katanya, dia bersedia meninggalkan kelab berkenaan atas faktor yang boleh menjatuhkan prestasi semasanya.

"Saya sangat kecewa kerana perkara ini memberi kesan langsung kepada karier saya, menjejaskan fokus dan prestasi di atas padang.

"Disebabkan masalah yang berlarutan tanpa penyelesaian, saya terpaksa mengambil keputusan untuk meninggalkan kelab,” katanya.

Setakat ini, berdasarkan kemas kini Liga Brunei, pasukan itu sedang menduduki tempat kedua dibelakang Kasuka sambil dibezakan dua mata. 

Belum ada maklum balas rasmi daripada pihak kelab ketika ini. 

Pada tahun lalu, Amir pernah mendedahkan bahawa dia sangat berminat untuk menyarung jersi Harimau Malaya suatu hari nanti.

Must Watch Video