KUALA LUMPUR: Tiga legenda bola sepak yang pernah mencipta kenangan dalam era Merdeka Cup 1993, Olubunmi Adigun, Peter Neiketein dan Tibor Szaban, selamat tiba di bumi Malaysia pagi tadi selepas 33 tahun.
Ketibaan mereka di KLIA disambut penuh rasa nostalgia sebelum mereka meneruskan penerbangan ke Alor Setar, Kedah.
Kehadiran ketiga-tiga legenda ini adalah bagi menyertai Merdeka Cup Nostalgia 1993 di Langkawi, sebagai satu usaha menghidupkan kembali memori dan sejarah bola sepak yang pernah menjadi sebahagian daripada perjalanan Merdeka Cup.
33 tahun berlalu, tetapi kenangan tetap kekal.
Merdeka Cup Nostalgia 1993 bukan sekadar perlawanan bola sepak, tetapi sebuah pertemuan semula legenda, sejarah dan memori yang tidak ternilai.