Skip to main content

Berbasikal

LTdL 2026: Tiga armada Sepanyol tampil lebih bersedia

dd

Equipo Kern Pharma mengetuai tiga armada pasukan berstatus ProTeam Sepanyol pada saingan edisi ke-30 Le Tour de Langkawi 2026 (LTdL26) yang akan membuka tirai pada 27 September hingga 4 Oktober depan.

Selain Kern Pharma, dua lagi pasukan handalan Sepanyol adalah Burgos Burpellet-BH dan Caja Rural Seguros-RGA, yang kesemuanya berpengalaman beberapa kali bertanding dalam LTdL sebelum ini.

Kern Pharma yang turut berkayuh di Vuelta a Espana tahun ini menyenaraikan 12 pelumba, termasuk enam pelumba simpanan yang mana enam daripada mereka adalah pelumba yang beraksi dalam jelajah Grand Tour ketiga terbesar dunia Vuelta yang bermula pada Sabtu.

Mengetuai nama enam pelumba adalah Marc Brustenga Masague, Pablo Carascosa Miller, Ivan Cobo Cayon, Inigo Elosegui Momene, Nil Gimenez Ferrer dan Jorge Gutierrez Gonzalez manakala enam pelumba simpanan pula adalah Diego Uriarte Belzenegui, Ho Yan Yi, Cesar Perez, Mikel Retegui Goni, Ibon Ruiz Sedano dan juara LTdL22 yang mewakili pasukan WorldTeam Movistar ketika itu, Ivan Ramiro Sosa.

Pasukan yang disertai pengurus Mikel Ezkieta KItzi itu dijangka memuktamadkan senarai enam pelumba terakhir selepas menilai prestasi pelumbanya di Vuelta dan beberapa perlumbaan sehari di Eropah sebelum terbang ke Malaysia menjelang bermula Peringkat 1 Shah Alam-Kampar, 27 September depan.

Berdasarkan nama-nama itu, jelas pasukan yang tampil kali pertama pada LTdL23 dan muncul juara berpasukan keseluruhan pada LTdL24 itu bakal membariskan sehingga empat pakar mendaki dan dua pakar pecut yang mana Carascosa, Cobo, Elosegui Momene dan Guttierez akan mengetuai cabaran memburu jersi pendahulu keseluruhan dan Raja Bukit.

Brustenga, bekas pelumba pasukan WorldTeam Lidl-Trek dan Gimenez Ferrer yang turut disenaraikan pasukan berpangkalan di Orkoein itu diharap mampu mengejar kemenangan peringkat di lima laluan landai. 

Selain Kern Pharma, Burgos Burpellet-BH meletakkan tiga daripada enam pelumbanya - Jose Manuel Diaz Gallego, Mario Aparicio dan Jose Luiz Faura yang diakui sebagai pendaki handalan dan turut beraksi di Vuelta, manakala dua lagi pendaki Jambaljamts Sainbayar dari Mongolia dan pelumba New Zealand Josh Burnett bakal membantu di laluan berbukit manakala pelumba Greece, Georgios Bouglas yang mempunyai tujuh kemenangan dalam kariernya termasuk gelaran Raja Pecut di Tour of Albania tahun ini, menjadi pakar pecut tunggal.

Pasukan berpangkalan di Burgos yang akan diketuai Pengurus Damien Garcia itu turut menyenaraikan tiga nama sebagai pelumba simpanan iaitu Vojtech Kminak, Carlos Garcia Pierna dan Anders Okamika.

Gallego, 31, yang mengumpul empat kemenangan dalam kariernya menduduki tempat keenam keseluruhan pada saingan LTdL24 dan kelapan pada tahun lalu manakala Aparicio , 26, pernah bergelar Raja Bukit pada LTdL24.

 Sama seperti Kern Pharma, Burgos yang tampil buat kali ketiga dan berada di tangga ketiga keseluruhan berpasukan pada LTdL25, menyandarkan sasaran kepada pendakinya seperti Gallego dan Aparicio, sambil bergantung kepada Sainbayar yang pernah tiga musim bersama Terengganu Cycling Team (TSG) untuk mendapat maklumat tambahan mengenai bentuk laluan LTdL26 ini.

Sementara itu, Caja Rural turut menyenaraikan antara pelumba handalannya diketuai Abel Balderstone, Nil Aguilera, Julen Arriolabengoa, Gorka Corres, Iuri Leitao dan pelumba 19 tahun, Iker Villa Galdeano.

Balderstone diakui pendaki hebat dan beraksi di Tour de France tahun ini, dan kayuhannya pasti dibantu dua lagi pendaki, Aguilera dan Arriolabengoa sambil Corres dan Galdeano mungkin bertindak sebagai pembantu untuk menarik pakar pecut kelahiran Portugal, Leitao yang mengumpul tujuh kemenangan dalam kariernya termasuk satu peringkat di Tour of Qinghai Lake, Julai lalu.

Ketua Pegawai Operasi (COO) Sekretariat LTdL26, Emir Abdul Jalal berkata, berdasarkan senarai awal yang dihantar ketiga-tiga pasukan ProTeam Sepanyol itu, amat jelas mereka mengutamakan pemburuan di laluan mendaki.

“Walaupun ini bukanlah senarai muktamad, Kern Pharma, Burgos dan Caja Rural berpengalaman dalam LTdL dan beberapa perlumbaan besar di Asia. Barisan pelumba mereka cenderung kepada gelaran keseluruhan mungkin kerana menyedari adanya dua pendakian ke puncak berstatus Hors di Cameron HIghlands dan Genting Highlands, selain pendakian Kategori 1 di Gunung Jerai.

“Dengan ramai pendaki yang turut beraksi di Vuelta dan Tour de France selain beberapa lagi perlumbaan ProSeries di Eropah dan Asia seperti Presidential Tour of Turkiye, Tour of Hainan, Tour of Qinghai Lake, Volta a Portugal, Vuelta a Burgos dan Tour of Slovenia sejak dua tiga bulan lalu, barisan pelumba dari Sepanyol dijangka menyerlah pada LTdL26 ini,” kata Emir lagi.

Edisi ke-30 LTdL26 dianjurkan bersama oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menerusi Majlis Sukan Negara (MSN) dengan sokongan penuh Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malayia (PKBM) membabitkan lapan peringkat sejauh 1,285.5km.

Anda mungkin berminat dengan

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Must Watch Video

Advertisement