Skip to main content

Bola Sepak

Liga Super: Pengadil tiup wisel awal, barisan kejurulatihan Selangor minta penjelasan

Reff

Selangor kini dalam kedudukan kritikal apabila sedang diekori rapat oleh Kuala Lumpur (KL) City selepas hanya meraih satu mata usai seri bertemu Sabah dalam perlawanan Liga Super di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), semalam.

Meskipun mempunyai deretan peluang keemasan, namun Gergasi Merah gagal menyempurnakan beberapa percubaan, sekali gus terpaksa berpuas hati sekadar berkongsi satu mata dengan pasukan lawan. 

Advertisement

Bintang Harimau Malaya, Faisal Halim, membuka tirai jaringan tetapi Fergus Tierney pantas menyamakan keputusan pada separuh masa pertama. 

Mengulas mengenai persembahan permainan secara keseluruhan, ketua jurulatih, Kim Pan-gon, tetap percaya anak buahnya akan segera bangkit untuk memperbaiki beberapa aspek, selain misi besar dalam separuh akhir kedua Piala Malaysia minggu hadapan.

"Pertama sekali, kami memohon maaf kepada semua penyokong Selangor.

"Kami gagal menghadiahkan tiga mata buat anda semua.

"Sudah tentu, kami sangat kecewa dengan permainan (malam tadi), tetapi kami masih memiliki baki tiga aksi lagi.

"Sebagai satu pasukan, kami mahu kekal di tempat kedua. Kami juga mempunyai perlawanan separuh akhir kedua Piala Malaysia minggu hadapan.

"Kami juga mensasarkan untuk mara ke final," katanya selepas tamat aksi semalam," katanya. 

Tuan rumah kekal di tempat kedua carta sambil dibezakan satu mata sahaja dengan KL City di tempat ketiga. 

Di sebalik aksi hangat itu, timbul persoalan daripada barisan kejurulatihan Selangor apabila pengadil bertugas menamatkan aksi meskipun masih 15 saat berbaki. 

Lantas, mereka meminta penjelasan daripada pegawai keempat perlawanan tentang perkara tersebut. Ia, susulan penguasaan bola masih di pihak Selangor dan sedang melancarkan serangan buat kali terakhir, namun wisel panjang dibunyikan menghampakan kem The Red Giants. 

Must Watch Video