Skip to main content

Bola Sepak

Dari AMD ke bola sepak Jerman, Kyle Joshua Skelchy kongsi perjalanan serta rancangan masa depan

Dari AMD ke bola sepak Jerman, Kyle Joshua Skelchy kongsi perjalanan serta rancangan masa depan

Dari Akademi Mokhtar Dahari ke pentas bola sepak Jerman, Kyle Joshua Skelchy, membuktikan impian beraksi di Eropah bukan sekadar angan-angan buat anak Malaysia, sebaliknya boleh direalisasikan menerusi platform Yang tepat seperti Pusat Pembangunan Bola Sepak Destiny.

Pertahanan bawah 21 tahun Wormatia Worms itu berkongsi bersama Wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam, perjalanan kariernya di Jerman serta hasrat untuk mewakili skuad bawah 19 tahun negara.

"Saya telah bermain bersama Wormatia sejak tahun lalu dan ia telah meningkatkan kemampuan saya. Ia merupakan impian saya bermain di pentas Eropah dan saingan yang kompetitif di sana banyak membantu saya.

"Ketika ini, saya meletakkan sasaran untuk beraksi dalam setiap perlawanan bersama skuad Bawah 21 pasukan dan ia akan menjadi batu loncatan saya mendapatkan tempat dalam skuad utama nanti.

Perjalanan bersama AMD dan Destiny, Kyle berkata, "AMD dan Destiny merupakan platform saya sehingga ke peringkat ini. Ia adalah tempat terbaik bakat muda untuk mencapai tahap yang tertinggi.

"Saya tidak mengejar populariti sebaliknya membuktikan kemampuan sebenar saya di atas padang. Saya berharap ini adalah langkah terbaik saya untuk membuat persiapan serta meraih pengalaman sebanyak mungkin sekaligus meletakkan saya dalam kedudukan terbaik untuk mewakili Harimau Malaya pada masa akan datang."

Anda mungkin berminat dengan

adidas Football Argentina 26 Away Jersey Men Black JM8395

adidas Football Argentina 26 Away Jersey Men Black JM8395

adidas Football Germany 26 Home Pre Match Jersey Men Black JZ4577

adidas Football Germany 26 Home Pre Match Jersey Men Black JZ4577

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

adidas Football Argentina 26 Home Pre Match Jersey Men White JY9530

adidas Football Argentina 26 Home Pre Match Jersey Men White JY9530

[NEW] PUMA Portugal Away Jersey Men

[NEW] PUMA Portugal Away Jersey Men

Related Topics

Must Watch Video