Drama dan kontroversi di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur (KL) membayangi kemenangan 2-1 Malaysia ke atas musuh tradisi, Thailand dalam acara sepak takraw regu berpasukan Piala Dunia ISTAF malam tadi.
Aksi regu ketiga negara -- di kala mata di kedudukan 14-13 dalam set kedua bertukar tegang pencetus episod kontroversi apabila pemain Thailand membantah keputusan pengadil dari Singapura, Radhi Che Mai sehingga menyebabkan perlawanan tertangguh lebih 15 minit sebelum keputusan dimuktamadkan.
Thailand memilih untuk protes daripada meneruskan aksi sehingga memaksa pengadil memberikan kemenangan percuma yang memihak pasukan, sekali gus merangkul kejuaraan kedua selepas kategori kuadran di tempat sendiri.
"Itu adalah hak pengadil apabila membatalkan pemain Thailand kerana kakinya melebihi garisan.
"Keputusan tersebut tidak boleh dicabar.
Setelah keputusan dibuat Thailand enggan meneruskan permainan, kemenangan diberikan kepada Malaysia.
Saksikan siaran langsung di Astro Arena, Astro ONE & Sooka. 📺#TMISTAFSepakTakrawWorldCup pic.twitter.com/omqtvm1L7K— Astro Arena 🇲🇾 (@ASTROARENA) May 23, 2026
"Umum mengatahui 'challenge' hanya dibenarkan untuk servis, garisan dan jaring. Tetapi pengadil di bahagian bawah tidak perasan bahawa pengadil atas (Radhi Che Mai) sudah menolak permintaan tersebut.
"Challenge yang diminta tiada dalam peraturan. Itu budi bicara pengadil.
"Jangan pertikai. Main di mana-mana pun tetap akan berlaku.
"Jika kita mahu mempertikai keputusan berat sebelah pengadil, sewaktu kita beraksi di Thailand, kita juga tidak diadili dengan sebenar.
"Katakan kita terima challenge tersebut, tetap masih menjadi mata buat Malaysia. Jadi, skor menjadi 14-14. Belum berakhir lagi.
"Jika Thailand ada semangat kesukanan yang tinggi seperti Malaysia selalu kena, Malaysia tetap akan meneruskan perlawanan. Kalah pun tidak mengapa. Esok kita beraksi lagi.
"Dan, hari ini (semalam) terjadi perkara ini, sepatutnya sabar dulu bukan tahu siapa menang siapa kalah.
"Saya ingin menasihati pasukan Thailand kena belajar menerima kekalahan dan jangan rasa tidak boleh kalah," kata pengurus pasukan kebangsaan, Datuk Abu Jimi Samat.