Skip to main content

Hoki

Super Schools Hockey: Kami bermula dengan kosong -- SMS Raja Tun Azlan Shah lolos ke pentas akhir

sds

Edisi sulung penganjuran Super Schools Hockey menghimpunkan lapan sekolah bagi berentap merebut trofi kejuaraan.

Selepas tamat peringkat kumpulan yang berlangsung di Stadium Hoki Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjung Malim pada 22 hingga 24 Mei lalu menyaksikan empat pasukan terbaik mara ke peringkat final four.

Pusingan separuh akhir pertama memperlihatkan Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR) mudah menjinakkan SMS Johor 9-0.

Sementara aksi tumpuan, separuh akhir kedua memperlihatkan kehebatan SMS Raja Tun Azlan Shah (SERATAS) menewaskan Sekolah Datuk Abdul Razak (Sedar) 2-1.

Aksi yang berlangsung di Stadium Hoki Tengku Abdullah UNIKL Bangi semalam menyaksikan SERATAS memimpin permainan hasil jaringan Muhammad Nahfiz daripada gerakan pukulan sudut penalti.

Sebelum Abdul Qodir Afifi melengkapkan kemenangan SERATAS hasil penalty stroke untuk ke pentas final.


"Sasaran kami untuk ke final, Alhamdulilah KPI itu berjaya selepas selang sehari kami mara ke final berdepan STAR.

"Kami bermula dengan kosong, mereka datang bukan sebagai pemain hoki dimana kami perlu berikan kemahiran asas serta taktikal dan aksi untuk beri mereka pengalaman.

"Mereka ada bakat daripada segi berfikir dan mereka cepat belajar tetapi tetap perlu mengambil masa."kata ketua jurulatih SERATAS, Shawal Jaafar.

Anda mungkin berminat dengan

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Must Watch Video