Skip to main content

Bola Sepak

Bekas bintang JDT, Jese Rodriguez kembali? Indonesia bakal jadi destinasi

Jese

Sejauh manakah khabar angin itu menjadi kenyataan?

Malah, kemas kini laman transfermarkt juga menyaksikan kontraknya bersama kelab divisyen kedua Sepanyol, Las Palmas, akan berakhir pada penghujung bulan ini.

Peminat Johor Darul Ta'zim (JDT) sudah pasti mengingati kelibat Jese Rodriguez yang pernah mewarnai Stadium Sultan Ibrahim (SSI) dua musim lalu.

Tular spekulasi bekas pemain Real Madrid itu akan bergabung dengan gergasi Indonesia, Persib Bandung, pada musim hadapan. Namun, ia masih di peringkat khabar angin, dan belum ada kenyataan rasmi daripada mana-mana pihak setakat ini.

 

Jika benar perpindahan itu berlaku, maka ia merupakan kali kedua pemenang Liga Juara-Juara Eropah (UCL) itu bertandang ke Asia Tenggara (ASEAN) selepas pernah berkelana bersama Harimau Selatan sebelum ini.

Tonggak berusia 33 tahun itu melakukan 13 penampilan dan menyumbat empat gol bersama juara Liga Super 12 kali berturut-turut itu sebelum ini.

Baru-baru ini, undian rasmi Kejohanan Kelab ASEAN (ACC) Piala Shopee musim hadapan menyaksikan Persib Bandung akan menentang JDT. Menariknya, ia akan menjadi pertemuan sulung antara kedua-dua pasukan.

Dan, Jese Rodriguez berpeluang bertemu semula dengan bekas majikannya jika dia menandatangani perjanjian bersama wakil Indonesia itu.

Anda mungkin berminat dengan

Shokz OPENRUN PRO 2 Open-Ear Bone Conduction Sport Headphones | Noise Cancelling | IP55 Waterproof | Superior Sound

Shokz OPENRUN PRO 2 Open-Ear Bone Conduction Sport Headphones | Noise Cancelling | IP55 Waterproof | Superior Sound

adidas Football AFA ARGENTINA SHOE BAG Unisex Blue KE7102

adidas Football AFA ARGENTINA SHOE BAG Unisex Blue KE7102

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

Garmin Forerunner 70 / Forerunner 170 GPS Running Smartwatch

Garmin Forerunner 70 / Forerunner 170 GPS Running Smartwatch

Nike Men's Mercurial Vapor 17 Pro Firm-Ground Low-Top Soccer Cleats - Multi-Color [IO8225-900]

Nike Men's Mercurial Vapor 17 Pro Firm-Ground Low-Top Soccer Cleats - Multi-Color [IO8225-900]

Must Watch Video