Malaysia tidak ke Piala Dunia, tapi kita tahu ada beberapa pemain Liga Malaysia (Liga-M) yang berada di sana.
Di Selangor, kita ada dua orang pemain Piala Dunia iaitu Noor Al-Rawabdeh dan Mohammad Abualnadi yang menyarung jersi kebangsaan Jordan. Jordan tewas 0-2 dalam aksi pembukaan mereka menentang Colombia dan bakal berdepan Austria pada 17 Jun nanti.
Tak dilupakan juga Gervane Kastaneer yang merupakan penyerang Terengganu, kini sedang memikul tanggungjawab bersama pasukan kebangsaannya Curaçao.
Di Indonesia pula, France Putros adalah pertahanan Persib Bandung yang kini menggalas tugas bersama pasukan kebangsaannya Iraq.
Rakan seperjuangan Putros iaitu Rebin Silaka pula beraksi di Liga Thailand bersama kelab Port FC.
Seperti Jordan, Iraq juga membuka kempen Piala Dunia dengan kekalahan 0-2 kepada Venezuela. Perlawanan seterusnya buat Iraq adalah pada 17 Jun berdepan Norway. Mampukah pertahanan Persib Bandung dan Port FC mengawal penyerang Manchester City Erling Haaland? Menarik untuk disaksikan.