Skip to main content

Berita Sukan Am

YAKEB santuni bekas Raja Pecut Asia 1982, Rabuan Pit di hospital akibat masalah apendiks

b

Nama Datuk Rabuan Pit pernah terpahat sebagai Raja Pecut Asia 1982 selepas meraih emas menerusi acara 100m (meter) Sukan Asia New Delhi, yang merupakan satu detik bersejarah mengangkat nama Malaysia di pentas olahraga Asia.

Namun kini, legenda negara itu berdepan ujian kehidupan -  wartawan Faizal Bazari sempat menziarahi pemenang dua pingat emas Sukan SEA 1979 itu, bersama skuad YAKEB yang tidak pernah lekang daripada menjadi medium penjagaan kebajikan atlet.

"Hari ini kami ziarah Datul Rabuan, kami semua ahli YAKEB mendoakan Datuk Kembali sihat sepenuhnya, dan dapat kembali bermain dengan cucu-cucu semula nanti. "kata Pengerusi YAKEB, Datuk Ahmad Shapawi Ismail.

Pada 9 Jun lalu, dia dimasukkan ke Hospital Putrajaya akibat masalah apendiks dan telah menjalani pembedahan pada malam sama.

Kini, beliau berada dalam fasa pemulihan dan dijangka akan dikeluarkan pada Isnin atau Selasa bergantung kepada keadaan semasa.

"Terima kasih Astro yang datang menziarahi saya dan beri semangat kepada saya untuk saya menghadapi ujian ini, semoga saya dapat Kembali sembuh seperti sediakala." tambah Raja Pecut Asia 1982, Rabuan Pit.

Skuad YAKEB prihatin menziarahi bersama rakan-rakan seperjuangan dalam arena sukan negara iaitu bekas penyerang skuad bola sepak negara, Datuk Zainal Abidin Hassan.

Penghargaan tertinggi juga ditujukan kepada Timbalan Pengarah Pengurusan Hospital Putrajaya, Anthony Dinesh Balan yang membantu kelancaran urusan di hospital.

Anda mungkin berminat dengan

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Must Watch Video