Skip to main content

Badminton

Pandangan saya adakah sudah terlambat untuk pisahkan Aaron-Wooi Yik? -- James Selvaraj

aa

Susulan rombakan beregu lelaki negara, bekas Pengarah Prestasi Tinggi Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk James Selvaraj, berpendapat keputusan menukar pasangan dalam tempoh dua tahun menjelang Sukan Olimpik mengundang risiko besar.

Perkara itu ekoran masa terlalu singkat untuk pasangan baru tersebut mencipta keserasian, demi impian membawa balik pingat emas pertama pada temasya Sukan Olimpik Los Angeles 2028 nanti.

"Pandangan peribadi saya adakah sudah terlambat untuk memisahkan mereka? Kerana Sukan Olimpik Los Angeles lagi dua tahun jadi Aaron-Wooi Yik patut beraksi di sana tetapi sekarang sudah berpisah. Gandingan baru makin meningkat.

"Adakah mereka akan layak ke Sukan Olimpik? Itu persoalan lain. Peluang untuk Aaron-Wooi Yik layak ada di sana, tetapi jika berpisah laluan mereka tidak mudah untuk ke sana (layak)." kongsinya.

Sementara itu, dia turut bersimpati terhadap situasi yang menimpa Toh Ee Wei apabila terpaksa direhatkan berikutan kecederaan Anterior Cruciate Ligament (ACL).

Namun, dia percaya dalam gandingan baharu, Chen Tang Jie-Clarissa San, yang tidak mempunyai pilihan selain membuktikan bahawa mereka mampu menyinar dalam masa singkat.

"Sekarang dia cedera, anda tidak boleh biarkan gandingannya tiada pasangan, jadi bagus untuk BAM berikan dia pasangan dan untuk layak.

"Saya melihat Terbuka Australia, banyak pemain muda dari Thailand, Chinese Taipei beraksi, saya kagum melihat pemain muda dari negara lain." tambahnya kepada wartawan Astro Arena, Faizal Bazari.
 

Anda mungkin berminat dengan

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Must Watch Video