Skip to main content

Bola Sepak

Piala Dunia 2026: Kalahkan pasukan Eropah tapi dikecam teruk peminat sendiri

Son

Kapten Korea Selatan, Son Heung-min, menjadi sasaran kritikan peminat sendiri meskipun pasukan itu mencatat kemenangan 2-1 ke atas Czechia dalam perlawanan pembukaan Kumpulan A Piala Dunia 2026 di Guadalajara, Mexico semalam.

Aksi itu menyaksikan skuad Taegeuk Warriors meraih tiga mata menerusi jaringan Hwang In-beom pada minit ke-66 dan gol kemenangan oleh Oh Hyeon-gyu pada minit ke-79.

Bagaimanapun, persembahan bekas bintang Liga Perdana Inggeris (EPL) itu dikecam hebat oleh penyokong tempatan, termasuk beberapa pemerhati bola sepak negara itu.

Meskipun menerima pelbagai lorongan dan hantaran, tetapi gagal menghadiahkan impak besar buat pasukan bimbingan Hong Myung-bo itu.

Segala percubaan atau rembatannya tidak memberikan kelebihan buat Korea Selatan sepanjang 69 minit permainan.

Son, 33, bergelut dengan prestasi untuk membantu gergasi Asia itu mencipta magis dalam pentas tertinggi bola sepak dunia itu.

Bekas pemain Tottenham Hotspur itu merupakan antara tonggak Korea Selatan yang beraksi dalam empat edisi Piala Dunia sejak 2014 menyamai rekod sepanjang zaman.

Korea Selatan kini berada di tangga kedua Kumpulan A dan dijadual menentang Mexico di venue sama pada 18 Jun jam 7 malam (19 Jun, 9 pagi waktu Malaysia).

 

Anda mungkin berminat dengan

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Must Watch Video