Atlet pecut muda negara, Izzatul Musfirah Ahmad Kamal Azira, menolak tawaran untuk sambung belajar ke Amerika Syarikat (USA).
Wartawan Astro Arena, Karl Nunis, berkongsikan: "Pelari pecut sensasi negara, Izzatul Musfirah tolak tawaran sambung belajar ke Amerika Syarikat dan memilih Form 6 di SMK Sultan Sulaiman.
"Pelajar cemerlang SPM (9A) itu baru pulang dari Filipina raih emas (4x100m) & gangsa (100m)." kongsinya.
Pelari pecut sensasi negara, Izzatul Musfirah tolak tawaran sambung belajar ke Amerika Syarikat & memilih Form 6 di SMK Sultan Sulaiman.
Pelajar cemerlang SPM (9A) itu baru pulang dari Filipina raih emas (4x100m) & gangsa (100m).@ASTROARENA pic.twitter.com/eh73P5h5K1— karlnunis (@_karlnunis) June 14, 2026
Temasya Sukan Malaysia (SUKMA) 2026 dan Sukan SEA 2027 akan menjadi fokus utama Izzatul buat masa ini.
Untuk rekod, dia menghadiahkan pingat emas 4x100m dalam final Kejohanan Olahraga Filipina ICTSI, semalam, bergandingan bersama Azreen Nabila Alias, Nurul Wardatul Huwaida Hamka dan Nur Aishah Rofina Aling.
Dalam kejohanan sama menyaksikan Izzatul memenangi pingat gangsa acara 100m dengan catatan 11.86s.
