Skip to main content

Bola Sepak

Chelsea perlu bersedia jumpa JDT -- Munoz

Chelsea perlu bersedia jumpa JDT -- Munoz

'Chelsea perlu bersedia jumpa kami', seloroh pengendali Johor Darul Ta'zim (JDT), Xisco Munoz, apabila Harimau Selatan bakal berdepan Chelsea dalam aksi pramusim di Stadium Sultan Ibrahim, 11 Ogos ini.

Juara Piala Malaysia itu mempunyai kira-kira 50 hari untuk membuat persiapan sebelum menerima kunjungan juara dunia itu.

“Mereka (Chelsea) perlu mula bersedia, mereka perlu mula membuat persiapan untuk menentang kami,” kata Munoz sambil ketawa.

“Antara perkara paling penting yang perlu kami lakukan pada pramusim adalah memastikan persiapan dilakukan dengan baik. Benar sekarang adalah tempoh rehat, tetapi penting untuk pemain terus bekerja keras supaya pemain dapat kembali dalam keadaan terbaik.

“Ia kerana dalam bola sepak moden, sebenarnya tiada lagi istilah pramusim yang santai. Apabila anda berada di JDT, anda perlu mula menang sejak perlawanan pertama pramusim lagi,” katanya.

Perlawanan berprofil tinggi itu dijangka jadi ujian terbaik buat JDT menjelang kempen baharu, selain beri peluang kepada penyokong tempatan menyaksikan aksi salah satu kelab terbesar dunia di laman sendiri.

Munoz turut beri bayangan bahawa dia akan terus kekal membimbing Harimau Selatan musim depan dengan pembelian pemain-pemain berkelas dunia untuk melunaskan misi mara lebih jauh dalam saingan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE).

Sebelum memulakan kempen Liga Super 2026/2027 dan Piala Sumbangsih edisi baru -- juara Liga Super 12 kali merangkap juara empat kali berturut-turut Piala Malaysia serius dengan persiapan awal berhadapan dengan skuad ternama Liga Perdana Inggeris, Chelsea bagi persahabatan antarabangsa di mana itu merupakan perlawanan pra musim buat Chelsea. 
 

Anda mungkin berminat dengan

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Related Topics

Must Watch Video