Beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, yang baru bergelar naib juara Kejohanan Dunia BWF dilaporkan akan kembali menjadi ‘scratch pair’ menjelang Kejohanan Badminton Masters China 2026 yang dijadualkan akan bermula 1 September nanti.
Menurut wartawan Astro Arena, Faizal Bazari, berkongsikan: "Kemaskini terbaru, Masters China.
🚨Latest update: Masters China🚨
Menurut coach Herry Iman🔥🔥
🏸Aaron Chia partner Man Wei Chong
🏸Soh Wooi Yik partner Aaron Tai💪🏿💪🏿@ASTROARENA pic.twitter.com/qjpcqBzDRv— Faizal Bazari (@faizalbazario) August 24, 2026
"Menurut coach Herry Iman: -Aaron Chia partner Man Wei Chong- Soh Wooi Yik partner Aaron Tai." katanya.
Aaron-Wooi Yik yang kembali digandingkan itu terpaksa akur terlepas gelaran juara dunia selepas tewas kepada wakil China, Liang Wei Keng-Wang Chang, minggu lalu.