Skip to main content

Bola Jaring

CelcomDigi NSL: Dua kelibat import Johor Jewels beri amaran awal

CelcomDigi NSL: Dua kelibat import Johor Jewels beri amaran awal

Kehadiran dua import baharu dari Australia dan New Zealand dalam skuad Johor Jewels sebagai amaran awal buat pasukan lain menerusi pemain berstatus juara dunia dan pemenang pingat emas Sukan Komanwel pada Netball Super League (NSL) 2026.

Persoalannya kini mampukah pasukan dari Selatan meneruskan rentak cemerlang untuk mempertahankan kejuaraan atau magis bakal berlaku dari Kedah Sunshine?

Advertisement

“Ya kami juara untuk tahun lepas, tahun ini semua bawa harapan baharu," kata jurulatih KL Wildcats, Husna Hussin Ali.

"Tapi, siapa yang tak merasakan tekanan, sama sahaja tekanannya. Anda juara ke tidak juara, perjalanan kami dalam kelas tersendiri."

Bagai pengendali Kedah, Huslina Hussain, dia berkata, "Sama seperti pasukan lain, kami turut melewati liku dalam persiapan namun kami menggunakan semua pemain tempatan yang ada." 

Dalam aksi pra-musim, Johor Jewels muncul pemenang selepas mencatat kejayaan membenam Pahang Tulips 48-23.

Topik Berkaitan

Must Watch Video