Kebetulan yang takkan dilupakan sampai bila-bila.
Siapa sangka dirinya seorang penghantar makanan menjadi insan bertuah bertemu bekas bintang Paris Saint-Germain (PSG), Layvin Kurzawa, pada waktu malam.
Advertisement
"Alhamdulillah, mendapat pesanan penghantaran piza daripada Kurzawa," katanya.
Setelah sampai di lokasi, individu itu dengan senang hati memberikan makanan tersebut dan meminta pemain berusia 33 tahun itu meninggalkan tandatangan pada bahagian belakang bajunya.
Ketika dia merasakan tugasannya sudah selesai dan gembira menghantar pesanan itu, Kurzawa menghadiahkan sehelai jersi Persib Bandung buatnya.
Bercucuran air mata tertunduk hingga ke bumi tanda terharu dan terima kasihnya kepada Kurzawa.
Lantas, pemain import kelab Indonesia itu segera ke arahnya dan memeluk erat penghantar makanan tersebut, sekali gus menjadi antara salah satu hari paling bermakna buat pemuda itu.
Video tular itu mendapat perhatian ramai dek kerana sikap murni Kurzawa terhadap peminatnya.
Terima kasih kerana mimpi menjadi realiti buat penghantar makanan itu.
Tonton video penuh:
Aahhhhhh momen ini bikin terharu 🥺
Seorang driver ojek online mengirim pesanan makanan untuk Kurzawa, kebetulan ini tidak hanya sekali. Dan beberapa waktu lalu mereka kembali dipertemukan dan Kurzawa memberi jersey nya untuk beliau. FOOTBALL FOR ALL 🤍
video : @bandungfootball… pic.twitter.com/cf4DUbIMkB— GIBOLofficial (@GIBOLofficial) April 10, 2026