Skip to main content

Bola Sepak

Vietnam naturalisasi penggempur kelahiran Brazil

ss

Vietnam memberikan kewarganegaraan kepada pemain kelahiran Brazil, Geovane Magno, selepas lima tahun beraksi di Liga Vietnam dengan dia kini dikenali sebagai Nguyen Tai Loc.

Penyerang berusia 32 tahun itu melengkapkan proses naturalisasi mengikut peraturan yang ditetapkan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) dimana pemain perlu beraksi dalam saingan liga dalam tempoh lima tahun.

Advertisement

 

 

 

Dalam lima tahun terakhir ini, Magno merupakan pemain ketiga yang dinaturalisasi Vietnam selepas Rafaelson dan Hedrio sekali gus memberikan dirinya peluang untuk menyarung jersi skuad Naga Emas.

Dia turut pernah beraksi buat pasukan Saigon, Viettel, Hanoi, Cong An Ha Noi, Hong Linh Ha Tinh. dan ketika ini bersama Ninh Binh dalam saingan Liga Utama Vietnam.


Malah, difahamkan nama-nama seperti Patrik Le Giang, Janclesio Almeida dan Gustavo Sant'Ana antara yang sedang berada di peringkat akhir bagi melengkapkan proses naturalisasi selepas lima tahun menetap di negara itu.

Must Watch Video