Skip to main content

MMA

Nascimento ahli sukan terbaharu menjadi mangsa serangan jantung, maut ketika tidur

Nasc

Masalah jantung terus menjadi punca kematian nombor satu di dunia apabila meragut jutaan nyawa setiap tahun yang diakibatkan daripada gaya hidup tidak sihat, pemakanan yang salah, dan kurangnya senaman – namun fakta ini semakin mengelirukan apabila kebelakangan ini turut membabitkan individu yang aktif bersukan.

Terbaharu, dunia pertarungan dikejutkan dengan kematian petarung seni mempertahankan diri campuran (MMA), Allan Nascimento pada usia 34 tahun.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan UFC, atlet flyweight dari Brazil itu didapati tidak memberikan tindak balas dan dipercayai mengalami serangan jantung ketika sedang tidur.

Pasukan perubatan yang tiba cuba melakukan pelbagai usaha bagi menyelamatkan Nascimento, namun segalanya menemui kegagalan dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Pemergian Nascimento yang menyertai UFC sejak 2021 itu dianggap satu kehilangan yang cukup besar dalam dunia tempur dan akan dikenang sebagai antara petarung yang disegani.

Pada pertarungan terakhirnya Jun lalu, Nascimento tewas menerusi split-decision kepada Mitch Raposo.

Secara keseluruhannya, Nascimento memiliki rekod baik - 22 kemenangan dan 7 kekalahan dalam MMA, serta rekod 4-2 dalam UFC.

Anda mungkin berminat dengan

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Related Topics

Must Watch Video