Hasrat beregu wanita nombor satu negara, Pearly Tan-M.Thinaah, menambah koleksi kejuaraan tidak kesampaian apabila muncul naib juara Kejohanan Badminton Terbuka Taiwan 2026 di Taipei Arena, Taipei City, semalam.
Mereka tewas kepada wakil Jepun, Sumire Nakade-Miyu Takahashi, menerusi aksi straight set, 16-21,18-21, dalam tempoh 40 minit pertarungan kejohanan yang berstatus super 300 itu.
#TaipeiOpen2026
WD | FINAL#JPN 🇯🇵 Sumire Kanade-Miyu Takahashi def. #MAS 🇲🇾 Pearly Tan-M. Thinaah 1️⃣ 21-16, 21-18
⏱️ 40 mins
Pearly-Thinaah finished as Taipei Open runners-up after a hard-fought final against the Japanese pair🥈
Well fought, Pearly-Thinaah! 💪… pic.twitter.com/KBURngVO0k— BAM (@BA_Malaysia) August 2, 2026
Namun, wakil negara itu tetap tidak pulang dengan tangan kosong tatkala meraih tempat kedua dengan membawa pulang USD9500 (RM38,809) selaku naib juara.
Ini, termasuk dengan gandingan beregu lelaki baharu kebangsaan, Aaron Chia-Aaron Tai, yang terpaksa berpuas hati tewas dalam final kejohanan itu kepada pasangan Indonesia, Leo Rolly Carnando dan Daniel Marthin.
Gandingan Malaysia memberikan tentangan sengit sepanjang perlawanan, namun gagal mengekalkan momentum pada mata-mata kritikal sebelum tewas dalam aksi straight set.
Meskipun gagal menjulang kejuaraan, pencapaian muncul naib juara tetap menjadi petanda positif buat gandingan baharu negara yang semakin menunjukkan keserasian ini selain berpotensi menjadi antara sandaran utama Malaysia dalam kejohanan-kejohanan akan datang.
#TaipeiOpen2026
MD | FINAL#INA 🇮🇩 Leo Rolly Carnando-Daniel Marthin 8️⃣ def. #MAS 🇲🇾 Aaron Chia-Aaron Tai 5️⃣ 23-21, 21-19
⏱️ 42 mins
Chia-Tai finished as Taipei Open runners-up after a hard-fought final against Indonesia’s Carnando-Marthin. 🥈#GemilangkanLagi… pic.twitter.com/uSejjYggro— BAM (@BA_Malaysia) August 2, 2026
Kedua-dua mereka turut menerima jumlah RM38,809 selaku pemenang tempat kedua.